Pada 19 november 2009, bersamaan dengan hari Khamis aku telah mendapat tahu bahawa keputusan UPSR akan keluar.Kepala otak ku mula bercelaru memikirkan apakah keputusan UPSR aku adakah memuaskan atau tidak.
Setelah beberapa minit,cikgu yang mengak peajar semua tahun enam mula membimbangkan kami dengan memberitahu beberapa pelajar bahawa mengucapkan tahniah dan menanyakan nombor telefon ibubapa.Tetapi ada yang sesetangah pelajar tidak percaya apa yang dikatakan oleh para guru dan sesetengah pelajar ada yang percaya.
Tepat pukul 8.00 pagi semua murid pergi ke dewan untuk menunggu guru besar memberitahu keputusan UPSR.Sementara menunggu guru besar cikgu aku telah mengadakan "Treasure Hunt" untuk menangkan kami agar tidak risau deangan keputusan akan keluar.Setelah habis bermain "Treasure Hunt" kami berasa sangat gembira.
Tepat pukul 10.00 pagi, guru besar telah turun dari pejabat dan terus meluru ke dewan. Selepas sahaja guru besar sampai, Cikgu Hayadi berucap para ibubapa yang hadir dan memberitahu keputusan dengan mengikut kategori.Kategori peratama 4A 1B dan sementara cikgu ku menyebut nama pelajar aku mula rasa gelisah.Tiba-tiba nama aku dipanggil untuk naik ke pentas dan menerima slip keputusan UPSR dan terlerailah segala perasaan aku yang bermain di mindaku.Aku berasa amat bersyukur kerana telah memperolehi 4A 1B.
Apabila aku pulang rumah ibubapa ku mula bertanya berapa yang aku dapat dan aku mula bercadang agar aku ingin membuat kajutan dengan memberitahu keputusan yang salah.Tetapi cadangan aku tidak menjadi kerana ayah aku telah mendapat tahu dari sekolah dan memberitahu ibuku kerana keputusan UPSR berada di sekolah ayahku iaitu di Khir Johari. Aku mula berasa seakan akan geram terhadap ibubapa kerana telah mendapat tahu awal daripada aku tapi aku tetap berasa bersyukur dengan keputusanku.
Saturday, December 5, 2009
CONGRATULATION TO MYSELF
Dicatat oleh AFIF ZHAFRAN di 3:25 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 ulasan:
Post a Comment