BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, February 14, 2010

SEKOLAH BARU (2010)

Monday, December 7, 2009

PENYAKIT BARAH ATAU KANSER

Assalamualaikum aku ingin menyatakan tentang kanser/penyakit barah dan ini aku cuma copy and paste dari internet.Tapi apa yang aku katakan jangan percaya bulat-bulat kerana penyakit ini juga perlu nasihat daripada doktor juga.

Barah atau kanser merupakan sejenis penyakit di mana sel tubuh pesakit itu sendiri membiak di luar kawalan dan keupayaan sel-sel tersebut untuk memasuki tisu biologi lain, sama ada melalui pertumbuhan langsung sel bersebelahan atau pemindahan kepada sel jauh (metastasis). Pertumbuhan luar kawal ini disebabkan oleh kerosakan kepada DNA menyebabkan mutasi kepada gen penting yang mengawal pembahagian sel, selain fungsi lain. Salah satu daripada mutasi tersebut, yang boleh diwarisi atau didapati, mampu menyebabkan pembahagian sel luar kawal dan pembentukan tumor ("bengkak" dalam bahasa Latin) merujuk kepada sebarang jisim tidak normal sama ada malignant (barah) atau benign (bukan barah). Hanya tumor malignant mampu memasuki tisu lain atau metastasizing.

Barah telah menjadi masalah utama akibat peningkatan tempoh jangka hayat. Ini disebabkan kadar mutasi semakin meningkat selaras dengan tempoh hayat yang semakin berpanjangan. Walaupun kemajuan yang besar telah dicapai dalam cara rawatan, kebanyakan rawatan hanya berkesan bagi penyakit barah awal. Bagi kebanyakan barah yang telah mencapai tahap lanjut masih tiada rawatan yang berkesan wujud dan dalam kebanyakan kes akhirnya membawa maut. Oleh itu bolehlah dianggap, mereka yang melewatkan mendapat rawatan seolah-olah membunuh diri. Walau bagaimanapun sungguhpun tidak terdapat ubat yang berkesan bagi pesakit barah yang tahap akhir, semenjak 20 tahun kebelakangan perkembangan penjagaan palliative telah meningkat dengan meluas.

Rawatan barah biasanya dikendalikan oleh onkologi, doktor yang khusus dalam rawatan penyakit malignant. Rawatan barah perlu dilakukan dengan serta merta sebaik sahaja ia dikesan. Kelewatan mendapatkan rawatan mengurangkan peluang untuk sembuh. Barah yang dikesan pada peringkat awal mempunyai peluang yang baik untuk dirawat secara berkesan.

Barah mampu menyebabkan pelbagai tanda, bergantung kepada tempat dan ciri meligan dan samaada berlakunya metastasis. Dignosa tepat biasanya memerlukan pemeriksaan tisu yang diambil melalui biopsi melalui mikroskop. Apabila didiognasa, barah biasanya dirawat melalui pembedahan, kemoterapi dan/atau rawatan radiasi.

Sekiranya tidak dirawat, kebanyakan barah akhirnya menyebabkan kematian; barah merupakan punca utama kematian di negara membangun. Kebanyakan barah boleh dirawat dan ramai yang sembuh terutamanya menerima rawatan pada peringkat awal. Kebanyakan bentuk barah berkait dengan fakor persekitaran, yang boleh dielakkan. Merokok tembakau mendorong kepada lebih banyak barah berbanding fakor persekitaran yang lain.

Jadi janganlah pandang ringan kepada penyakit ini dan jagalah diri anda daripada sebarang penyakit.

Sunday, December 6, 2009

BERKHATAN

Pada hari khamis yang lalu adikku (Zharif Aisar) telah berkhatan di Klinik Syifa Tanjong Malim.Sebelum adikku berkhatan adikku mula risau dan perasaan takut mula bermain di fikiran adikku.Tetapi ayahku telah meredakan perasaan itu dengan membeli pizza pada malam sebelum berkhatan.Apabila adikku berkhatan aku, adikku serta ayahku ikut bersama sesudah sampai sahaja sampai perasaan takut mula timbul di permainan fikiran.Sesudah nama adikku dipanggil adikku meluru masuk ke bilik berkhatan dan kebetulan klinik itu dibenarkan ibubapa tengok.Setelah masuk ke bilik berkhatan doktor mula datang dan memulakan acara berkhatan semasa berkhatan aku mula rasa nak pensan melihat adikku berkhatan.Setelah selesai berkhatan perasaan pensan mula terlerai tetapi setelah beberapa hari adik aku berkhatan perangai adikku mula membuat kami rasa risau kerana adikku ini ligat dan ada sesekalinya ditegur oleh ibubapaku tetapi adikku tidak dengar cakap bak ikut peribahasa "keras kepala" apa boleh buatdah macam itu.Sampai sini sahaja boleh cerita kepada anda bye...bye....

Saturday, December 5, 2009

CONGRATULATION TO MYSELF

Pada 19 november 2009, bersamaan dengan hari Khamis aku telah mendapat tahu bahawa keputusan UPSR akan keluar.Kepala otak ku mula bercelaru memikirkan apakah keputusan UPSR aku adakah memuaskan atau tidak.

Setelah beberapa minit,cikgu yang mengak peajar semua tahun enam mula membimbangkan kami dengan memberitahu beberapa pelajar bahawa mengucapkan tahniah dan menanyakan nombor telefon ibubapa.Tetapi ada yang sesetangah pelajar tidak percaya apa yang dikatakan oleh para guru dan sesetengah pelajar ada yang percaya.

Tepat pukul 8.00 pagi semua murid pergi ke dewan untuk menunggu guru besar memberitahu keputusan UPSR.Sementara menunggu guru besar cikgu aku telah mengadakan "Treasure Hunt" untuk menangkan kami agar tidak risau deangan keputusan akan keluar.Setelah habis bermain "Treasure Hunt" kami berasa sangat gembira.

Tepat pukul 10.00 pagi, guru besar telah turun dari pejabat dan terus meluru ke dewan. Selepas sahaja guru besar sampai, Cikgu Hayadi berucap para ibubapa yang hadir dan memberitahu keputusan dengan mengikut kategori.Kategori peratama 4A 1B dan sementara cikgu ku menyebut nama pelajar aku mula rasa gelisah.Tiba-tiba nama aku dipanggil untuk naik ke pentas dan menerima slip keputusan UPSR dan terlerailah segala perasaan aku yang bermain di mindaku.Aku berasa amat bersyukur kerana telah memperolehi 4A 1B.

Apabila aku pulang rumah ibubapa ku mula bertanya berapa yang aku dapat dan aku mula bercadang agar aku ingin membuat kajutan dengan memberitahu keputusan yang salah.Tetapi cadangan aku tidak menjadi kerana ayah aku telah mendapat tahu dari sekolah dan memberitahu ibuku kerana keputusan UPSR berada di sekolah ayahku iaitu di Khir Johari. Aku mula berasa seakan akan geram terhadap ibubapa kerana telah mendapat tahu awal daripada aku tapi aku tetap berasa bersyukur dengan keputusanku.

Wednesday, September 30, 2009

APA NAK BUAT LEPAS UPSR DAN PSRA

Lepas aje aku habis peperiksaan upsr dan psra aku terus berfikir untuk melakukan sebarang aktiviti agar aku tidak beras boring dan antara idea yang aku fikkirkan adalah masuk soccer kids kat proton , rombongan bersama member tapi segala idea yang aku fikirkan tidak dapat dilakukan kerana ibu dan bapa tidak mengizinkan melakukan aktiviti yang aku fikirkan.Apa nak buat terpaksalah aku akui agar tidak menjadi anak yang derhaka.


Walaupun aku tidak boleh melakukan aktiviti tersebut aku berasa gembira dan tidak berasa boring kerana sekolah pagi dan sekolah petang mengadakan banyak aktiviti jadi aku tak berasa boring.


Pada suatu hari aku teras begitu bosan dan cara aku menghilangkan rasa bosan dengan menanyakan soalan kepada rakanku untuk meminjam cd game .Setelah mendapat cd tersebut aku meminta izin kepada ibubapa ku agar tidak hadir sekolah petang supaya aku dapat install cd yang aku pinjam dari kawanku . Malangnya apabila aku sudah install untuk bermain permainan yang ku install menjadi perlahan nak buat macam mana kena laa redha daripada tak ada game untuk di main .


Aku juga terfikir untuk bermain saidina , sahibba dan chess berama adik-adik ku tapi terasa malas untuk bermain kerna aku sering bermain permainan begitu dan adik-adik ku pula tidak reti bermain permainan tersebut.Aku mengambil keputusan untuk bermain carrom bersama adik ku dan adik ku setuju dengan cadangan aku .

Tuesday, December 9, 2008



Biarlah saya memperkenalkan diri dahulu tentang keluarga saya orang yang tinggi dan bermisai itu ayah saya namanya En.Abd Malek,budak perempuan kecil yang sedang didukung itu ialah adik saya namanya Adani Fasehah,budak perempuan yang lagi satu tu pulak adik saya namanya Aliya Insyirah,sebelah kanan pulak adik saya jugak namanya Ahmad Zharif Aisar dan sebelah kanan pulak itu saya Ahmad Afif Zhafran.Sebenarnya saya ada abang danibu nama abang saya Ahmad Amzar Khairi dan nama ibu saya pulak Pn.Shahrizawati lengkaplah tentang keluarga saya.Sebenarnya saya dan keluarga saya berada di Cameron Highland pada tahun lepas best jugak pergi sana.tapi tahun ni saya tak pasti bercuti kat mana sebabnya ayah saya sibuk semak kertas soalan SPM iala kot.Sekarang tengah tunggu ayah saya habis semak kertas.